> design > add a gadget > HTML/javascript Rainbow Pinwheel Pointer > Design > Add Gadget > Html/JavaScriptff { panda }


Mr.Penang and Ms.Perak <3 Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan .

Nata De' Coco --> Siapakah dia ?
Monday 3 March 2014,, 10:26, 0 comments

Assalamualaikum,hyeee ! Dah lama tak bukak blog nie rindu sgt2 . Kesian blog nie :(

Okay hari nie nak cte pasal NATA DE' COCO ape maksud ye nie ? Haha , ada seorang lelaki nie suka sgt dengan perkataan NATA DE' COCO tak tau kenapa sampai semua phone dia nama tu juga hahaha  . Dia yg bernama NOOR HISHAM BIN JALIL :) Dia lah kawan lelaki yg terbaik ,bestfriend paling gile2 , terbaik la . Saya kenal dengan dia secara tak sengaja maksud ye . Time first kenal ngn dia ,dia minta no. telefon terus dengan selamba ye mcm dah kenal lama je . Hahahaha , sgt lawak :D Kami sms2 lama-kelamaan kami semakin rapat ,mcm tak percaya pun ada sebab terlalu cepat macam kami dah kenal lama . Sampai sekarang dia stay ada dengan saya , dia banyak membantu saya,selalu ada bila saya perlu , dan dia selalu buat saya ketawa :D Dia seorang pelawak , kawan yg lawak . Dia sgt baik dengan saya kadang2 dia sweet , hee . Tapi dia suka pendam perasaan,dan dia jenis tak kesah walauapapun terjadi dia still boleh tersenyum macam tak ada ape2 berlaku . Tak elok pendam2 nie boleh jadi gile taww , heee . Berkawan dengan dia macam bukan kawan dah , ramai kata kami sweet la ape la , hahaha haruslah sweet kan SHAM ! Mula2 kenal malu2 , sekarang pi lantak dua2 muka tak malu dah , haha dengan dia asyik nak gelak je bahagia ye hidup .Sekarang aku dah boleh tersenyum kembali gelak semula ,dah tak sedih macam dulu lagi . Aku nak happy kan diri aku nie ,kena kuat hadapi semua cabaran dan terima kenyataan . Aku rasa hidup aku sekarang dah bahagia seperti dahulu :D huh .
Sham ada perasaan terhadap aku,tapi aku belum bersedia dan dia faham aku . Dia terlalu baik dengan aku insyallah suatu hari nanti kalau ada jodoh kita bersama , bersama la kita ye . hehe :) Perhubungan kami biar lah rahsia hahaha ^_^
Hati ini belum bersedia dan belum pulih sepenuhnya .. 
Persahabatan kami takkan terpisah seperti persahabatan aku dengan SAIDATUL AISHAH BT YAHYA :D
Kami akan tetap bersama ,susah senang bersama ,saling membantu , saling menghargai , saling menyayangi . Kami akan together2 hahaha :D Sham ! thanks sebab dah buat saya tersenyum kembali , thanks dah banyak buat saya ketawa saya happy sgt . Saya selesa dengan awak,tanpa awak mungkin saya tak ceria seperti sekarang nie . Seronok dapat kenal dengan awak, awak terlalu baik dan selalu ambil berat tentang saya akan hargai semua tu terima kasih banyak2 sham :) Thanks , saya takkan lupa jasa2 awak . Walaupun hang banyak bahan cheq mengenakan org je, takpa cheq tak kesah BUFFERING ye amboi2 ,Huhu . 
Tiba2 aku rindu kau senget , hehe . Semoga berjumpa lagi :D Rasa ye cukup sampai sini , tak boleh lebih2 hahaha .


Hanya Tinggal Kenangan
Tuesday 24 December 2013,, 09:57, 0 comments
Assalamualaikum , haii hari nie nak story pasal emm cerita nie takde kena mengena dengan korang aku just nak story je . So sorry kalau nak menyemak jap .


First time aku kenal dengan dia dengan lebih rapat,sebelum nie kawan biasa2 je,tiba2 je jadi kawan baik dia selalu nak join kalau aku tengah lepak dengan kawan2 lain. Macam menyebuk je,aku tak kisah ramai2 lagi bagus baru best lepak ramai2 kan . Sejak tu la kami makin rapat,rupa2 ye ada udang disebalik batu,ohh awat tak habaq awai2 naa haha . Patut la dia join je ape2 aktiviti yg aku masuk,start dari aku nak cari anak buah untuk team aku , cikgu kata sape paling byk dapat anak buah untuk kadet polis nie dia menang , haha aku ape lagi cari la aku tarik kawan2 aku yg nak masuk sgt tu jadi anak buah aku,tiba2 dia pun nak join juga katanya nak sijil . Dia takde sijil kokorikulum langsung tu la dah susah baru la nak masuk,kenapa lah dri dulu dia tak masuk ape la dorang nie sama semuanya malas nk kawad la tu takut panas , haha . Dari situ la kami rapat semakin rapat,dia jaga aku,dia tengok je ape aku buat,dia ambil berat tentang aku,macam2 la alaa lelaki biasa la nak ngorat mesti lah macam tu kan? Yang aku nie pulak tak perasan pun,aku ingatkan dia buat tu semua sebab kawan je , biasa lah aku takde perasaan masa tu time tu aku tengah trauma nak bercinta yang dia cari kesempatan . Sory aku tak nampak dan aku tak tau pulak kau nak ngorat aku,takde la sape lah nak kat aku nie kan ,peragai teruk,tak lawa tapi comel haha,tak solehah,biasa2 je . Rupa2 ye ada juga peminat terima kasih hehe ,Kawan2 dia yg bagi respon masa tu,yg lain dah tau tapi kenapa aku tak tau dorang sengaja nak kenakan aku,nak malukan aku siap nyanyi lagu untuk kami pulak tu ishhhh segan pilu aku tengok ye haha .Aku cuba untuk hidup bersama dia dan cuba untuk menyayanginya . Indah sangat kenangan time tu,muncul kebahagian dekat situ ,tapi kebahagian itu hanya sementara . Kebahagian itu dah hilang untuk selama-lamanya .

Hubungan kami terhenti sampai disini (12/12/13) kami jalinkan hubungan selama 1 tahun 5 bulan . Semuanya dah berakhir,dah takde ape lagi,yang tinggal hanya kenangan . Terlalu banyak kenangan yang kami cipta sendiri,kenangan manis,kenangan pahit semua tu kami rasa sama2.Happy kan bila orang yang kita sayang membalas cinta pada kita terasa dihargai . Pada mulanya ye aku ada buat salah , sebelum aku dan dia menjalinkan hubungan aku dan sorang kawan baik lelaki , aku dah janji nak tolong dia dengan awek dia ,untuk berikan pengajaran so aku tolong dengan ikhlas,demi kawan aku sanggup tolong aku suka tengok kawan2 aku bahagia itu pun dah cukup untuk aku tapi aku paling tak suka kawan aku dipermainkan . Dia seorang yang kuat cemburu ,alaa biasa la tu . Dia tak perlu jeles sebab aku dengan kawan aku tu berlakon je jadi pakwe makwe bukan betul pun,tapi  salah aku juga terlampau sweet haha . aku dah biasa kawan2 lain pun faham tapi dia tak dia tetap tak suka . Lagipun aku belum ada ape2 hubungan dengan dia lagi so aku nak puas2 enjoy sebab aku tau lepas couple mesti tak boleh enjoy2 lagi , k bosannn . Dia seorang yang seriuss la takut i taww ,hehe . Dia dah banyak kali maafkan aku bila aku timbulkan kesalahan ,tengok je aku macam tu tapi aku nie seorang yang setia ,takde curang,takde playgirl,dusta semua not me okay . Ramai cakap aku nie setia gle la kau nie , hehe aku memang macam tu sory aku tak tau nak curang, aku rasa curang2 nie benda bodoh menyampah aku , anticurang puihhh ! Kami sentiasa bersama,seronok sangat tapi sejak aku pergi sambung belajar nie dia semakin berubah , salah ke aku belajar? tak kan? Mungkin dia tak boleh berjauhan serupa dengan aku tapi aku boleh bertahan mungkin dia tak kot . Terlalu banyak la kenangan semua nie boleh buat aku sedih terkenang kisah dulu,haishhh susah ye aku nak lupakan kau,aku tak kuat .Kenapa semua nie boleh jadi macam nie? Apa salah aku? Kenapa kau berubah?Kau mula abaikan aku,kau langsung tak hubungi aku or sms aku tunggu kau lama sangat,hari2 aku tunggu kau tapi kau sibuk dengan kawan2 kau,kau biarkan aku sendiri kau buat aku macam tak wujud,kau tak pedulikan aku langsung,mungkin kau dah jumpa pengganti aku :) aku hanya mampu tersenyum semuanya untuk kau Nuar. Kau pergi tinggalkan aku tanpa kata2 aku disini masih tertanya2 ,kenapa harus aku yang dilukai ,cukup lah hati aku dah banyak kali dilukai , hati aku baru pulih tapi kau pun sama macam yang lain hati aku dilukai lagi,aku tak sanggup terlalu sakit perit rasa ye . hmm aku hanya berserah pada Allah dia lah yang menentukan segalanya aku hanya mampu berdoa.Tak mengapa 'Hasrul Anwar aku redha dengan dugaan yang Allah berikan ini . Terima kasih kerana kau bagi cinta,kasih sayang kau pada aku walaupun hanya sementara bukan untuk selamanya,impian aku biarlah jadi khayalan sahaja,aku pasrah Nuar ,sebenarnya aku dah maafkan kau dah lama aku maafkan kau ye memang sakit rasanya bila ditinggalkan oleh seseorang yang kita sayang . Tapi mungkin ini semua ada hikmah aku terima dengan rela hati . Maafkan aku jika aku tidak terima kau kembali,bukan aku tak cinta tapi aku taknak hubungan kita jadi macam dulu lagi mungkin kita di takdirkan berpisah,aku tak nak sakitkan hati kau lagi dan kau tak perlu susah2 nak sakitkan hati aku,takpe aku tak marah cuma aku kecewa dengan ape yang kau buat pada aku nie ,mungkin kita takde jodoh kan,kalau betul kau jodoh aku Allah akan temukan kita kan,aku doakan kau sebab hanya itu je yang aku mampu beri hanya doa . Aku harap kau bahagia sampai bila2 , jadilah orang yang berguna . Tapi ..maaf aku masih tak boleh lupakan kau sebab aku terlalu rindukan kau terlalu rindu , aku dah lama pendam rindu ini cuma kau je yang tak tau sebab ape kau tak tau?sebab kau tak pernah hargai cinta dan kasih sayang yang aku berikan pada kau . Aku salah sebab pilih kau , takpe semuanya dah tertulis aku terima . Kalau nak story semua ye panjang kot tak larat dan tidak berdaya ,menangis tak semesti lemah tapi sebenarnya lega . I miss you so much HASRUL ANWAR :'( Selamat Tinggal dan Terima Kasih sebab kau dah banyak jatuhkan Airmata aku .


My Sister :) Rindu kau sangat-sangat !
Monday 16 December 2013,, 20:52, 0 comments
Story about beloved sister . Aku rindukan dia :'(



Dah lama aku tak jumpa dia,melihat wajah ye,senyuman ye,suara ye .Aku terlalu rapat dengan dia sejak kecil lagi,kami tak pernah berpisah,tapi akhirnya kami berpisah juga takdir dah tertulis begitu so kami redha je . Tamat je pengajaran dia terus bekerja dapat rezeki dia terima,masa tu aku belum tamat sekolah lagi baru form 5,dia terpaksa tinggalkan aku dengan makayah sebab nak cari rezeki katanya . Makayah izinkan daripada dia duduk rumah tak buat apa,layan karenah aku,terperap je kat rumah lebik baik dia kerja pergi merantau dan berdikari sendiri . yang aku pulak tak izinkan yela time aku sekolah lagi dia dah tinggalkan aku,habis tu aku nak sembang dengan sape lagi,nak gurau dengan sape? Makyah pi kerja mana ada masa dengan aku, dia pun rasa serba salah,dia macam tak nak,tapi dia bosan kot jadi penganggur baik dia kerja. Lama2 aku pun rela dia pergi,demi masa depan dia juga aku tak boleh la nak paksa dia,dia ada hak dan dia pun ada impian sendiri aku tak boleh la nak pentingkan diri.Tak mengapa aku faham,sebelum dia pergi sepanjang hari tu aku borak2 dengan dia sampai tak tidur esoknya dia dah nak pergi aku salam dia,dia cium aku,kami peluk erat . Dia jalan slow2 masuk dalam kereta sambil pandang aku dan dia lambai tangan mata dia tak lepas pandang tengok aku,adik dengan makayah sampai je selekoh taman tu dah tak nampak kereta tu kami pun terus masuk rumah.Paling sedih kami tak dapat nak hantar dia makayah ada hal masa tu,tak sampai 10 minit tiba2 phone aku bunyi 'akak aku tepon' aku ingatkan ada barang tinggal rupa2 ye dia nak bagi pesanan kat aku ,jgn nakal,belajar rajin2 sebab nak SPM,jgn nak lepak je,jaga adik dengan makayah . Tiba2 airmata aku mengalir dengar suara tu ,pesanan last dia cakap 'jangan nangis cuti nanti jila balik ye' aku cuma cakap baik lah jila,jgn lupa tau balik sini bawak chocolate cabry ye ,tengah nangis pun boleh buat lawak lagi ,dia cakap 'ye nanti jila bawak ye,kirim salam kat makayah dah sampai nanti jila tepon lagi'okay bye2 ,love you, muahhhh Assalamualaikum . Aku pun jawap dengan nada perlahan ,ye bye2,love you too,muahhhh,waalaikumusalam . 
Nak dekat 2 tahun la juga dia pergi,kami hanya borak dalam phone,kalau dia ada cuti dia balik . Dalam masa 2 tahun tu hidup aku rasa macam kosong,sunyi je takde teman.Adik sekolah petang,lagipun takde la rapat sangat dengan adik . Aku pulak yang bosan,sunyi sangat kalau ada dia baru best , along,angah dengan abg pun dah kerja dah berumah tangga,masing2 dah ada haluan sendiri . Bila bosan lepak dengan kawan , keluar memang lepak dengan kawan la tapi dekat rumah mana mendatang kawannya ,bosan gila,mengadap tv,laptop,makan,tidur buat benda yang sama setiap hari.Blaa..blaa..blaa..............
Giliran aku pulak yang tamat pengajaran ,habis terus kerja(kerja sementara) hanya 4 bulan lepas tu dapat sambung belajar . Sorang2 keluar dari rumah tu ,biasa lah anak2 kalau dah besar kena lah berdikari,cari rezeki yang halal,pergi merantau . Sedih lagi , sian makayah rumah tu sekarang tinggal 3 orang je makayah dengan adik lelaki. Takpe makayah kami sebagai anak membantu dan berjuang demi masa depan dan juga makayah kami akan berusaha . 
Aku masih ingat kisah2 dulu ,sampai sekarang aku tak boleh lupa kisah nie , semalam tepon dia nak tanya nextweek balik tak , dia cakap 'tak dapat cuti la,sory la jila tak dapat ikut' .Aku terus nangis sebab dengar suara tu lagi ,aku cakap 'kenapa jila tak balik tau tak nadiah rindu balik la' , dia cakap' ye jila pun rindu juga,kenapa nie jangan la nangis okay2 tengok nanti jila ambil cuti ye,nanti jila call balik tengah bz nie' okay bye2 .
Kenapa aku nangis , aduhhh dah la nangis time aku kat kolej depan kelas tengah lepak2,tiba2 je nasib baik kawan2 aku tak nampak(pandai aku cover) kalau tak malu aku . ishhh apalah kau nie nadiah .
Kelas tamat kul 5 lebih macam tu ,naik bas tengok phone ada missed call ,aku baru nak tengok ada panggilan masuk , akak aku tepon cepat2 aku jawap . Sembang punye sembang sampailah aku dah turun dari bas cakap2 lagi,akhirnya keputusan yang dinanti2 sudah maliiiii !(mari) haha :D Akak aku cakap dia akan balik nanti dia bagi tau , so nextweek makayah datang yeahhh ambil dia dulu .Alhamdullillah jumpa juga nanti ,yuppyyy :D Tak sabar nak balik kampung . Love you sis <3 
okay la cerita dah habis yang nie takde sambungan . hehe .byeee Assalamualaikum .


Happy Together :D
, 17:55, 0 comments
Assalamualaikum, hyeeee ! Okay start bercerita . haha , sepatutnya harinie aku ada kelas tapi kami ada berita gembira iaitu "kelas batal" . So tengah free takde buat ape,tengah bosan ape lagi meluangkan masa bersama blog la :) Tajuk harinie Happy Together ye , emm sebenarnya nak story pasal kawan2 . Nie photo Kawan2 Housemate aku termasuk la aku hee ,sory kalau tak jelas  :-

KAMI PILIH PICOMS :D


Okay , semua ada ye , takde yg tinggalkan . Semua cukup,molek2 semua ye yg paling comel aku haha(perasan) . Kami selalu bersama susah dan senang sentiasa ada,kalau ada yg tak tolong tu,takde kat tempat kejadian,tak tau ape yg berlaku faham2 la mesti ada hal la tu . Masing2 ada masalah peribadi kan so kena lah saling memahami ye . Bukan tu je,malah kami suka gurau2,otak gile2,masuk air,cakap?lepas sana lepas sini ,alaa tak kisah la semua ye spothing takde yg terasa kot,bagi aku tak kisah la korang nak buat ape,aku tau tu cuma sekadar gurauan dan hak korang aku faham semua ada kehendak sendiri kan? Jadi diri sendiri lagi bagus . Aku doakan semoga berjaya kawan2,jadilah seorang insan yang berguna,kejar lah cita2,berusahalah dan tabah,jangan mudah berputus asa,berubah ke jalan yang benar paling penting jangan lupa diri bila kita dah berjaya nanti :)

Lagipun aku dah masak sangat dengan peragai dorang nie , semua dah tau kan,semua jenis tak kisah . Ape2 pun memang terbaik la semua ye , banyak yg kteorg lalui macam2 terjadi tapi kami tetap kuat utk hadapinya yg penting kita semua bersama .Ada yg tak puas hati tu biasa la aku dah bosan sangat kalau bab tu(macam belajar sejarah pulak dah) ,yela kalau tak puas hati boleh je gaduh tapi aku fikir 1 rumah tak elok juga nak bergaduh tak seronok jadi ye , aku harap sangat jgn la ada yg tak puas hati,tarik muka,diamkan diri,buat hal sendiri,pentingkan diri .Sebenarnya tu semua tak elok walaupun aku kadang2 tak puas hati tapi ada 1 cara yg buat aku tabah adalah 'bersabar' tu je aku selalu buat .Kata KAWAN mesti la kena saling menyayangi,memahami,menghormati dan membantu .Jangan lah pentingkan diri semua tu la yg boleh menyebabkan pergaduhan .Kan bagus kalau kita amalkan selalu yg tercatat kat bawah nie .Ingat lagi ayat aku"MANA AKIDAH DAN AKHLAK KORANG?"hehe ,Peace yoww !


PERSAHABATAN KAMI


We care , we share :)

Sharing is caring :P

Always together :D

Loving friends <3




Gila Korea,Gila China,Gila Game,Macam2 lagi la :D
Sunday 15 December 2013,, 03:36, 0 comments
Ahad :) Bosan , dekat rumah tgl 6 orang yg lain balik kampung . K jealous !@#

15/12/2013


Hai ! Hari nie nak cte pasal budak2 rumah aku,huhh macam2 la perangai dorang nie.Bosan aku takde sape nak layan aku dorang sibuk layan korea,cina langsung tak pedulikan org, mandi tak , makan tak,solat lambat . Haha , gila sgt dengan abg hensem ,korea,cina memang hensem2 tu yg dorang tergila2 tu . dari hari tu dengan drama korea je sampai la nie,ish2 yg tak tahan ye sampai lebam2 mata tengok(tidur lambat) hahaha :D
Dahsyat dorang nie,balik dari dobi pun dorang tengok lagi,hahaha aku pun tak paham ape yg ada pada mamat korea tu,aku pun gila korea juga tapi tak teruk macam dorang.Aku bosan tak tau nak buat ape aku pun main la game,ngadap game je sampai dorang ckp aku gila game,takpe tak kisah sebab aku memang suka main game takde game dlm hidup tak best rasa sunyi,lebih baik main game daripada game orang kan? Tak baik berdosa,yg dorang nie pula lebih baik tonton drama korea,cina daripada tonton cerita yg tak berfaedah kan? Aku tak kisah la lagipun itu hak dorang, HAK kami!
Dekat rumah nie tv pun dah rosak,sunyi je dulu selalu dengar suara tv sekarang dengar suara org menjerit2 'hensem ye! sweet ye!' Haha,kelakar la dorang nie,perempuan kalau tengok korea,cina comel kan ^_^
Ada internet lagi senang la nak buat kje,assignment,report dll . Senang nak cari bahan2,lagi seronok la dorang nak tonton drama macam2,online,tweet sana tweet sini . Itu la kje kami bila ada assignment last2 minute baru nak buat tu memang selalu kami buat . Hahaha,baru kelam kabut nak buat kelakar tengok gelagat dorang. 
Apa2 pun terjadi , kami semua tetap bersama walaupun ada yg gaduh,tarik muka,merajuk,tak bertegur,tak bersepakat kami still lagi berkawan . Kawan baru katakan biasa la baru nak kenal antara 1 sama lain, tapi yg pelik ye kami nie semua tak macam orang lain baru kenal bape hari dah macam adik-beradik . Macam dah lama kenal je , mana idak ye semua ye peramah,otak gila2,sporthing . Kami tetap kawan :D
Sayang Korang <3

Persahabatan Kami <3

Nazifa>Kak Umie
Masytah>Along
Fatin Nazurah>Angah
Anis Fatin Farhana>Alang
Saidatul Aishah>Ateh
Norliyana>Acik
Nurul Nadhiratul Nabilah>Andak
Faten Syahreeyah>Achuk
Nadiah(AKU)>Abby
Raihana>Dek Ann


Gila Korea :D



Gila China :D



Gila Games :D



Cukup la nie . Takde idea lagi .  hehehe :)



Demam -.-
Saturday 14 December 2013,, 01:43, 0 comments
Demam dapat bubur ayam Mcd dari akak and abg :D Thanks you so much ,rasa nak menangis bila tengok muka dorang , sakit ? ada juga yang dtg melawat walaupun sekejap aku hargainya. Aku ingatkan dah takde yang nak ambil tau pasal aku ,semua kata tangan aku sejuk ,jgn takutkan aku , abg apiz jahat(abg ipar) kenakan aku , aku demam pun dia boleh bergurau lagi .
Apa2 pun seronok sgt . Tak sabar rasa ye nak balik rumah PERAK :)
Mak call tadi, ayat pertama dia cakap 'dah makan ubat belum'? haha , kelakar la mak nie , aku cakap 'nadiah tak suka makan ubat la mak lupa ke , antibody nadiah kan kuat hehe'? Mak : 'ye mak tau,antibody kamu kuat ,kuat la sgt tumbang kang dan ingat jgn makan bnde yg kamu tak boleh makan' aku : ye mak , love you mak , tunggu nadiah balik ye' .

TERHARU :) 
Dapat makan nie pun dah cukup , Alhamdullillah :D




Nadiah sayang along,angah,glut,makayah semua la sebab perihatin terhadap nadiah , nadiah akan sembuh tak lama lagi , demam biasa jgn risau okay .
Orang demam memang hilang selera sebab semua bnde yg dia mkn takkan rasa apa dan tak sedap biasa lah orang demam kan , semua pernah rasakan? So rajin2 lah mkn ubat jgn jadi macam saya . hehe :P

BERSYUKUR PADA ALLAH .
ASSALAMUALAIKUM .



My Life
, 00:25, 0 comments
Assalamualaikum , Hi i'm Nadiah :)
Umur 18 years , dah cukup bulan . hehe ,asal selangor tapi stay kat perak ikut MakAyah . Adik-beradik ada 6 je , huhu dan saya seconds last dan boleh tahan manja lah dengan MakAyah,walaupun ada adik lelaki saya tetap jealous hehehe . Sekarang saya duduk jauh dari family ,dapat smbung belajar dekat K.L . PICOMS ! this is my kolej saya dalam bidang Medical Science boleh tahan juga lah mencabar dan menguji kesabaran . Biasa lah baru permulaan kan lama2 biasa la tu . Now,baru sem 2 macam2 pengalaman yg saya dapat byk la . Inilah nama ye berdikari , cuba berusaha untuk mencapai cita2 yg di idamkan . Okay , sebenarnya hari nie tak ada cte yg menarik pun just mengarut je nie tengah bosan tak tau nak buat apa . Mungkin akan dtg ada story baru nantikan dengan penuh kesabaran :D Hahaha , ayat rojak .

First Blog :)
Blog dulu lupa email dan password :(
Saya seorang yang pendiam,ceria,nakal dan seorang yang setia haha :D
Dulu ceria sekarang mungkin tak ceria mcm dulu lagi kot . (hati terluka)
Redha dengan ketentuan Illahi .





See you agains Blog :)